Search

2 remaja lelaki ditahan kerana samun

May 26, 2025

Info X Reporters

LAHAD DATU: Dua remaja lelaki ditahan dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas menyamun seorang lelaki dalam kejadian, pada Ahad lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa warga tempatan berusia 47 tahun disamun oleh suspek di Lorong Kiosk Dataran Palma, kira-kira jam 11.30 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau berkata, suspek bertindak cuba mencederakan mangsa sebelum melarikan dokumen peribadi dan wang tunai.

“Susulan laporan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu berjaya mengesan dan menahan kedua-dua suspek terbabit.

“Kedua-dua suspek berusia 17 dan 18 tahun ditahan berhampiran lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan menggunakan kekerasan,” katanya. – Info X