Search

2,159 hektar tanah di Beluran, Kota Belud akan dimajukan untuk penanaman padi

October 16, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tanah seluas 2,159 hektar di Beluran dan Kota Belud akan dimajukan untuk dijadikan kawasan penanaman padi.

Selain Sabah, katanya, tanah seluas 2,680 hektar di Sarawak iaitu di Batang Lupar juga akan dimajukan untuk tujuan sama.

“Lima puluh ribu hektar dimaksudkan itu perancangan jangka panjang, tetapi setakat ini seluas 4,839 hektar telah disahkan untuk dibangunkan (penanaman padi) di Sabah dan Sarawak,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, di ibu negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan-Semporna) mengenai lokasi dan peruntukan yang terlibat bagi projek penanaman padi di kawasan seluas 50,000 hektar di Sabah dan Sarawak.

Zahid berkata perbincangan telah diadakan bersama Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah berkenaan perkara itu yang antara lain bertujuan mempertingkatkan tahap sara diri (SSL) negara, sekali gus meningkatkan produktiviti padi dan beras negara. – Info X