PENAMPANG: Seramai 22 peserta menyertai Kursus Asas Pengadil Bolasepak Siri 1/2023 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Persatuan Pengadil Bolasepak daerah penampang, baru-baru ini.
Setiausaha Pengadil Daerah penampang, Freddy pamaas berkata, penceramah pada kursus ini dikendalikan oleh Bekas Pengadil Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Salim Limbai dan Bekas Pengadil Kebangsaan (FAM), Juin Joseph.
Katanya, objektif utama kursus berkenaan adalah untuk mencari pengadil muda pelapis kepada pengadil yang sedia ada dan untuk mengetengahkan mereka yang berbakat ke peringkat yang lebih tinggi.
“Selain itu, ia juga mencari pengadil wanita kerana negara ini sangat memerlukan pengadil yang terdiri daripada golongan wanita.
“Bidang ini juga dapat membantu pengadil pada masa akan datang untuk menjana pendapatan sampingan serta mempelajari undang-undang baru dalam permainan bola sepak,” katanya ketika dihubungi di sini.
Perasmian Penutupan kursus selama dua hari itu telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi SAFA Daerah Penampang merangkap Pengerusi Pengadil Daerah Penampang, Tuan Raymond Ramp. – Info X