Search

298 pelatih polis tamat latihan asas konstabel

March 3, 2023

admin

KOTA KINABALU: Seramai 298 pelatih Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Bilangan 54, Siri 7/2022 berjaya menamatkan latihan mereka selama enam bulan yang diadakan di Pusat Latihan Polis Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Latihan yang bermula 3 September tahun lalu itu membabitkan latihan dan pembelajaran berkaitan undang-undang, berkawad dan penggunaan senjata api.

Ia turut membabitkan latihan seni mempertahankan diri, T-Baton, ilmu asas keagamaan, asas computer dan beberapa ilmu asas kepolisan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, secara keseluruhannya, objektif program tercapai dengan kejayaan para pelatih memperoleh pengetahuan asas undang-undang dan prosedur kerja polis.

Katanya, pelatih turut dilatih dengan ilmu pengetahuan mengenai kaedah-kaedah dalam penguatkuasaan undang-undang.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) memfokuskan Tiga bidang utama iaitu memperkasa Integriti, memantapkan sistem Penyampaian Perkhidmatan PDRM serta mendukung dasar dan usaha kerajaan dalam mengekalkan kesejahteraan masyarakt.

“Antaranya latihan bagi meningkatkan isu-isu integriti secara kolektif menyumbang budaya positif sebagai asas integral perkhidmatan sehingga ke alam persaraan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan (P.O.P) Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Bilangan 54, siri 7/2022 di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) SABAH.

Kamarul Zaman berkata, program PLAK berkenaan dapat membentuk jati diri menjadi anggota polis berdisiplin, tegas, adil dan berintegriti bagi melahirkan anggota polis yang kompeten.

Sementara itu, Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu , Superitenden Ahmad Sahrin Hussain berkata, beliau amat berpuashati dengan sambutan yang diterima dalam kalangan anak-anak muda yang meminati kerjaya kepolisan.

“Ketika ini, ramai anak muda begitu meminati karier sebagai pegawai polis di mana, jika kita lihat permohonan atas talian sudah mencecah hampir satu juta pemohon.

“Mereka kini hanya menunggu giliran untuk dipanggil dan ini menunjukkan bahawa kerjaya polis adalah sangat diminati,” katanya. – Info X