KOTA KINABALU: Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di 10 daerah di negeri ini meningkat kepada 3,929 orang petang ini berbanding 3,550 orang tengah hari tadi.
Jumlah itu membabitkan sebanyak 1,365 keluarga yang kini berada di 29 PPS di Kota Marudu, Pitas, Paitan, Beluran, Telupid, Tongod, Sandakan, Lahad Datu, Beaufort dan Kota Belud.
Berdasarkan laporan Sekretariat Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kota Marudu merekodkan mangsa tertinggi seramai 2,355 orang daripada 866 keluarga di lapan PPS. – Info X
Ia diikuti daerah Pitas dengan seramai 379 mangsa daripada 141 keluarga di empat PPS, Lahad Datu (316 mangsa, 84 keluarga, tiga PPS), Telupid (243 mangsa, 66 keluarga, dua PPS) dan Beluran (177 mangsa, 58 keluarga, tiga PPS).
Selebihnya di Kota Belud (162 mangsa, 69 keluarga, tiga PPS), Sandakan (118 mangsa, 28 keluarga, satu PPS), Beaufort (102 mangsa, 29 keluarga, satu PPS), Tongod (54 mangsa, 13 keluarga, satu PPS) dan Paitan (23 mangsa, 11 keluarga, dua PPS). – Info X