Search

4 rumah musnah terbakar, lebih 20 penghuni terjejas

July 11, 2025

Info X Reporters

TAWAU: Empat rumah di Kampung Sri Menanti Blok C, di sini, musnah dalam kebakaran petang tadi, mengakibatkan lebih 20 penghuni tinggal sehelai sepinggang.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawai, Timbalan Penguasa Bomba II, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran pada 5.15 petang dan 18 pegawai dan anggota ke lokasi untuk pemadaman.

Katanya, selain BBP Tawau operasi turut dibantu pasukan Bomba Komuniti Titingan.

Pasukan bomba memadam kebakaran rumah di Kampung Sri Menanti Blok C, Tawau. – Pix/Bomba

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran, dua pancutan dari sumber air terbuka.

“Keempat-empat rumah musnah dengan api berjaya dikawal pada 5.46 petang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.45 malam,” katanya. – Info X