Search

4,348 mangsa banjir masih di PPS di Pitas, Paitan, Tawau

February 23, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seramai 4,348 mangsa banjir masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara di dua daerah utara Sabah dan Tawau, setakat pagi Isnin.

Daerah Pitas kekal seramai 2,618 mangsa daripada 1,276 keluarga, diikuti Paitan yang menunjukkan peningkatan mangsa kepada 1,485 orang daripada 443 keluarga dan Tawau kekal seramai 245 orang daripada 55 keluarga.

Mereka ditempatkan di 32 PPS, masing-masing 11 PPS di Pitas, 20 di Paitan dan satu PPS di Tawau.

Selain di tiga daerah terbabit, banjir turut dilaporkan berlaku di Beaufort sejak Ahad berikutan limpahan air Sungai Padas, namun belum ada laporan pemindahan mangsa setakat ini. – Info X