Search

Enam sekeluarga selamat, kereta jatuh gaung di Ranau

May 1, 2023

admin

RANAU: Enam sekeluarga terselamat selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter di Kampung Sagindai, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.45 petang.

Katanya, sepasukan bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau digerakkan ke tempat kejadian.

Pasukan bomba memeriksa lokasi kemalangan kereta jatuh gaung sedalam 10 meter di Kampung Sagindai, Ranau. – Foto Bomba

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga BLM dipercayai terbabas sendiri ke dalam gaung sedalam 10 meter.

“Enam mangsa terdiri daripada dua dewasa dan empat kanak-kanak terbabit dikeluarkan oleh orang awam sebelum jentera bomba tiba,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, seorang mangsa wanita berusia 37 tahun cedera dan dihantar oleh orang awam ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian untuk memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada 5.30 petang,” katanya. – Info X