Search

962 bakal haji Sabah ke tanah suci tahun ini

May 18, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seramai 962 bakal haji dari Sabah terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dengan 137 orang daripadanya berlepas ke tanah suci malam tadi.

Kumpulan pertama itu diraikan pada majlis pelepasan jemaah haji di Bangunan Tabung Haji Sabah di Sembulan, di sini.

Pelepasan kumpulan itu disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmey Yahya; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Ariffin Arif dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong. – Info X