Search

Gerai nikmati matahari terbenam musnah terbakar

May 19, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Sebuah gerai untuk menikmati matahari terbenam di salah satu premis di Tanjung Aru, di sini, musnah terbakar, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.50 pagi itu, bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata, pihak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada jam 2.58 pagiKatanya, sepasukan pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bagi menjalankan operasi penyelamatan.

“Kejadian membabitkan sebuah gerai jenis tidak kekal seluas 10X15 kaki persegi yang sudah musnah secara keseluruhan ketika ketibaan pasukan bomba.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi memadam kebakaran menggunakan sumber air dari jentera bagi memastikan api tidak merebak ke kawasan lebih luas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran sebuah gerai untuk menikmati matahari terbenam.

Menurutnya, operasi berjaya dikawal pada jam 3.34 pagi.“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 3.51 pagi.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – Info X