KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Presiden Parti Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Juil Nuatim secara rasmi menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau itu diterima sebagai ahli langsung gabungan berkenaan.
“Juil menyerahkan permohonan keahliannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS.
“Turut hadir menyaksikan penyerahan permohonan keahlian itu ialah Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Joachim Gunsalam,” katanya.
Terdahulu, Juil mengumumkan keluar daripada KDM pada Ahad lalu untuk menjadi ADUN bebas yang menyokong kerajaan pimpinan Hajiji,” katanya. – Info X