Search

Mayat budak 12 tahun dibaham buaya ditemui

May 23, 2023

Info X Reporters

SANDAKAN: Mayat kanak-kanak lelaki yang dilaporkan dibaham buaya di Pulau Sumangat Payau, di sini, sudah ditemui, hari ini.

Mangsa berusia 12 tahun ditemui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), jam 10.38 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa ditemui oleh anggota Maritim Malaysia pada kedudukan satu batu nautika dari lokasi kejadian.

Mayat mangsa ditemui kira-kira satu batu nautika dari lokasi dibaham buaya.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 12.40 tengah hari,” Katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, mangsa dibaham buaya ketika berenang menghampiri perahunya selepas selesai mencari siput di kawasan berkenaan. – Info X