Search

PPM gagalkan cubaan seludup barang kawalan, rokok

June 8, 2023

Info X Reporters

SANDAKAN: Cubaan seorang lelaki menyeludup barang kawalan tidak kesampaian apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di Jambatan Kampung Mangkalinau Batu 3, di sini, hari ini.

Dalam operasi itu, pegawai dan anggota PPM Sandakan merampas 312 paket gula satu kilogram, 84 paket tepung gandum dan 170 paket minyak masak.

Kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana gagal mengemukakan surat atau dokumen daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Rokok yang cuba diseludup berjaya dirampas PPM Sandakan. – Foto/PPM

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1,540.

Sementara itu, PPM Sandakan turut berjaya membuat rampasan membabitkan kesalahan mengikut Akta Kastam 1967 iaitu jumlah rokok dipercayai untuk diseludup masuk ke Sabah dengan cara melarikan cukai.

Semua rokok-rokok ini berjaya dikesan apabila pegawai dan anggota PPM membuat serbuan di sebuah pondok di Batu 8, Sandakan.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM52,500

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, pihaknya akan sentiasa memastikan pelanggaran undang-undang sedia ada dikuatkuasakan.

Justeru itu, katanya masyarakat juga disarankan menyalur maklumat berkaitan jenayah kepada PPM Sabah di talian Whatsapp 013-9391197. – Info X