Search

Cederakan teman wanita, bekas pemain kebangsaan ditahan

June 8, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Bekas pemain bola sepak kebangsaan ditahan kerana disyaki mencederakan teman wanitanya dalam kejadian di sebuah hotel, di Petaling Jaya, semalam.

Pemain terbabit dikatakan ditahan selepas teman wanitanya membuat laporan polis pada jam 6 petang, hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian itu adalah akibat perselisihan faham antara mangsa dan teman lelakinya.”Suspek juga merosakkan telefon bimbit mangsa.

“Hasil maklumat dan risikan dijalankan berjaya menahan suspek dalam satu serbuan di sebuah hotel di sekitar Petaling Jaya untuk membantu siasatan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Terdahulu, sumber berkata, pemain terbabit dikatakan sering melakukan perbuatan itu sehingga menyebabkan kekasihnya yang juga seorang doktor bertindak mendedahkan perkara itu kepada umum.

Perbuatan terbabit menyebabkan wanita berkenaan mengalami lebam di tangan dan beberapa kesan calar sebelum mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik swasta.

Mengulas lanjut Fakhrudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 / 427 Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara kertas siasatan dilengkapkan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 037966222,” katanya. – Info X