KOTA KINABALU: Peminat dan penyokong yang telah membeli tiket makan malam kali ke-5 United Malaysia yang berlangsung di Dewan Hakka, esok, dinasihatkan supaya datang lebih awal.
Presiden United Malaysia, Batholomew Jingulam berkata, ini bagi membolehkan mereka yang hadir tidak terlepas acara cabutan tiket bertuah yang dijangka diadakan seawal jam 6.30 petang.
Katanya, cabutan berkenaan kemungkinan bagi mencari pemenang bertuah untuk ‘diterbangkan’ ke Old Trafford untuk menyaksikan aksi Manchester United, musim depan.
“Memandangkan esok adalah hari bekerja, jadi adalah lebih baik untuk mereka yang telah membeli tiket datang awal bagi mengelak kesesakan (lalu lintas).
“Acara cabutan bertuah ini adalah salah satu acara dalam majlis makan malam itu dan sudah pastinya, kemuncaknya ialah pemenang bertuah akan ‘diterbangkan’ ke Old Trafford selain hadiah-hadiah lain malam esok,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Selepas empat tahun ‘berehat’, United Malaysia kembali menganjurkan makan malam tahunan mereka esok dan dijangkah lebih 1,000 peminat dan penyokong Manchester United menghadirinya. – Info X