Search

Lelaki jatuh bot semalam ditemui lemas pagi ini

June 10, 2023

Info X Reporters

TAWAU: Seorang lelaki yang terjatuh dari bot jongkong dinaiki bersama isterinya di kawasan perairan Sungai Melayu, semalam ditemui lemas pagi ini.

Mayat Abd Rahim Kasil, 56, ditemui terapung oleh penduduk kampung pada 7.10 pagi, kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa terjatuh.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa dibawa ke Jeti Pelabuhan Perikanan Tawau Lama oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa jatuh bot di perairan Sungai Melayu, Tawau. – Foto/JBPM

“Seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semalam, mangsa bersama isterinya Lina Arifin tercampak ke laut selepas bot jongkong dinaiki mereka terlanggar sesuatu di perairan berkenaan.

Akibat kejadian itu, mangsa dilaporkan hilang manakala isterinya berjaya diselamatkan oleh nelayan. – Info X