Search

Penunggang maut, nahas tiga kenderaan di Sandakan

June 16, 2023

Info X Reporters

SANDAKAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah lori dan kereta di Batu 10, Jalan Labuk, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, hasil siasatan awal polis, sebelum kemalangan berlaku, motosikal ditunggang mangsa bergerak dari Batu 9 menghala ke Batu 12.

“Setiba di lokasi kejadian, motosikal dipercayai mengubah laluan dari lorong kiri ke kanan jalan kerana ingin memotong lori di hadapannya.

“Dalam masa yang sama, sebuah kereta yang berada di laluan kanan telah terlanggar motosikal, hingga penunggang jatuh ke bahagian tayar kanan lori,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Abdul Fuad berkata, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori dan kereta tidak cedera.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – Info X