KOTA KINABALU: Bekas Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh meninggal dunia, tengah malam tadi.
Beliau yang juga bekas Ketua UMNO Kalabakan dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, meninggal pada jam 12.07 tengah malam, pada usia 80 tahun.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan mengesahkan pemergian ahli politik veteran itu.
Katanya, maklumat mengenai pemergian Abdul Ghapur diterima daripada anak lelaki arwah, Salleh, menerusi aplikasi Whatsapp. – Info X