Search

Dua rumah musnah akibat tanah runtuh

July 12, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Dua rumah musnah dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Skim Penempatan Telipok, di sini, hari ini.

Kejadian yang dilaporkan jam 3.41 petang itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kehilangan jiwa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dihantar ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Kejadian tanah runtuh membabitkan dua rumah kediaman jenis tidak kekal tidak berpenghuni musnah sepenuhnya.

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit. Tindakan pemantauan di lokasi kejadian dijalankan serta merta bagi memastikan tiada bahaya lain,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi ditamatkan pada 5.25 petang. – Info X