Search

Warga emas hilang disyaki dibaham buaya

July 20, 2023

Info X Reporters

TAWAU: Seorang lelaki warga emas hilang disyaki dibaham buaya ketika turun ke botnya di sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita, di sini, semalam.

Kehilangan Addi Bangsa, 60, disedari oleh penduduk penduduk kira-kira jam 4 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (BBP) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau menerima panggilan daripada Balai Polis Tawau, jam 7.03 pagi tadi, memaklumkan mangsa dibaham buaya di kawasan sungai berkenaan.

Katanya, mangsa dipercayai dibaham buaya ketika turun ke bot kira-kira jam 4 pagi, semalam.

Anggota bomba dan polis bersiap menjalankan operasi mencari dan menyelamat warga emas hilang disyaki dibaham buaya di sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita, Tawau. – Foto/Bomba

“Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan bot dengan kaedah surface searching.

“Pencarian dilakukan di sepanjang muara sungai dengan radius tiga kilometer,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa belum ditemui dan operasi ditangguhkan pada 6 petang tadi.

“Operasi SAR akan disambung pada pagi esok dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. – Info X