Search

Polis buru suspek kes langgar lari pejalan kaki di Semporna

July 26, 2023

Info X Reporters

SEMPORNA: Polis giat mengesan suspek kes langgar lari seorang pejalan kaki di Jalan Kampung Selamat, Jalan Persisiran Pantai, di sini, 19 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 8 malam.

Katanya, sebuah kereta jenis Perodua Axia dengan nombor pendaftaran SB602G yang dipandu oleh suspek telah hilang kawalan lalu melanggar mangsa yang sedang berjalan kaki di bahu jalan.

“Pemandu kereta terbabit telah melarikan diri selepas kejadian.

“Manakala mangsa dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia pada 20 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

“Polis meminta saksi-saksi yang melihat kejadian diminta tampil untuk memberi keterangan dan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Hemkkumar A/L Ayathuray di talian 012-3650021.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – Info X