KOTA KINABALU: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tambunan, Datuk Victor P Paut menggesa kepimpinan bahagian itu menjalankan tugas dan amanah dengan penuh dedikasi.
Beliau berkata, selaku pemimpin di peringkat bahagian, mereka mempunyai peranan yang besar untuk terus menyumbang kepada parti.
“Tugas kita adalah untuk membantu memantapkan perjuangan parti dalam memastikkan parti kita, (Gagasan Rakyat) terus kekal menerajui kerajaan Negeri Sabah bersama-sama rakan komponen parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada mesyuarat pertama Gagasan Rakyat Bahagian Tambunan, bertempat di Magelan Sutera Harbour Resort, disini kelmarin.
Victor berkata, setiap ahli jawatankuasa bahagian (AJK) yang membarisi kepimpinan bahagian telah dipertanggungjawabkan dengan tugas masing-masing melalui perlantikan biro.
“Maka laksanakanlah tanggungjawab anda dengan sebaik mungkin,” katanya.
Victor berkata, usaha memantapkan parti bermula dari peringkat akar umbi yang melibatkan bahagian dan cawangan.
Justeru katanya, pemimpin bahagian hendaklah sentiasa turun padang bagi mendekati rakyat, menyampaikan penerangan tentang dasar kerajaan termasuk perancangan pembangunan ekonomi kepada masyarakat setempat.
Katanya, Gagasan Rakyat Tambunan akan terus menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan parti dalam GRS di daerah itu dalam memastikan daerah Tambunan akan turut menerima limpahan pembangunan dan ekonomi yang lebih baik.
Di majlis itu, Victor turut menyampaikan watikah perlantikan AJK Bahagian Gagasan Rakyat Tambunan termasuk jawatan biro masing-masing.
Barisan kepimpinan Gagasan Rakyat Tambunan diketuai Victor sebagai Ketua Bahagian (Ketua Biro Politik), Mohd Yassin Mohd Yunus (Timbalan Ketua Bahagian dan Ketua Biro Pengurusan Parti/Disiplin), Hussein Hassan (Naib Ketua Bahagian), Mohd Hajjaz Iqbal Yusof (Setiausaha Bahagian dan Ketua Biro Keahlian), Abdul Rahim Yasin (Ketua Penerangan merangkap Ketua Biro Penerangan & Media), Datuk Amelia Ajun (Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Biro Kebajikan), Ar-Rafi Yasin (Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Biro Perumahan dan Kesejahteraan Rakyat),Vianney Evana Vide (Ketua Pergerakan Beliawanis dan Ketua Biro Latihan), Liew Tze Soon (Bendahari dan Ketua Biro Ekonomi), Romanus Joannes (AJK dan Ketua Biro Pilihanraya & Kajian), Venantius Jakil (AJK dan Ketua Biro Hubungan Intra Parti), Daniel Dilliam (AJK dan Ketua Biro Sukan, Kebudayaan & Rekreasi). Melissa Bernard (AJK dan Ketua Biro Tugas Tugas Khas), Abdul Aziz Banting (AJK dan Ketua Biro Pendidikan & Kerjaya), Sylverster Augustine (AJK dan Ketua Biro Undang-Undang / Aduan Awam), Pius @ Tahir Bin Rudsah (AJK dan Ketua Biro Agama dan Toleransi), Jumain Abdul Ghani (AJK) Marcelus Joannes (AJK), Bonie Ajun (AJK), Rupert Laudi (AJK), Poulus Empah (AJK), Dayon Unkong (AJK), Fung Chun Shiung (AJK), Jonis Yurou (AJK), Sammy Martin (AJK), Vianney Evana Vide (Ketua Pergerakan Beliawanis dan Ketua Biro Latihan), Mellisa Bernard (AJK dan Ketua Biro Tugas Tugas Khas), Jumain Abdul Ghani (AJK), Romanus Joannes (AJK), Jonis Yurou (AJK), Sammy Martin (AJK) dan John Tambanan (pegawai publisiti). – Info X