Search

2 lelaki sesat di hutan Bukit Bendera ditemui selamat

August 7, 2023

Info X Reporters

BEAUFORT: Dua sahabat yang tersesat ketika melakukan aktiviti hiking dalam hutan di Bukit Bendera, di sini, ditemukan selamat, semalam.

Kedua-dua mereka berusia 27 dan 45 tahun ditemui pasukan bomba dan orang awam di lingkungan 1.5 kilometer dari pos kawalan bomba (PKB), pada 8 malam.

Difahamkan, kedua-dua mereka memulakan aktiviti hiking di kawasan berkenaan kira-kira jam 5 petang

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.06 malam.

Katanya, seramai sembilan anggota dan pegawai BBP Beaufort bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Dua lelaki yang dilaporkan sesat dalam hutan di Bukit Bendera, Beaufort, ditemui selamat. – Foto/Bomba

“Pencarian dilakukan di sekitar kawasan Bukit Bendera dimana mangsa dilaporkan sesat.

“Pasukan SAR dibahagiankepada dua kumpulan yang dibangu oleh orang awam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, selepas hampir sejam pencarian, mangsa berjaya ditemukan dalam lingkungan 1.5 kilometer dari pos kawalan bomba.

“Kedua-dua mangsa ditemukan selamat dan tiada kecederaan pada mangsa.

“Operasi ditamatkan pada 8.47 malam,” katanya. – Info X