BELURAN: Pemandu lori membawa muatan minyak kelapa sawit parah selepas terbabas sendiri di Jalan Beluran-Telupid, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 lagi itu, mangsa berusia 53 tahun parah di bahagian kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, hasil siasatan awal lori berkenaan dari arah Keningau menuju ke Sandakan.
Bagaimanapun, katanya lori yang sarat dengan muatan membawa minyak kelapa sawit itu hilang kawalan dan terbabas ke tepi jalan di lokasi berkenaan.
“Akibatnya, mangsa tersepit di dalam lori berkenaan dan mengalami kecederaan parah, sebelum berjaya dibawa keluar.
“Mangsa kemudian dibawa ke hospital menggunakan ambulan untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Kasim berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengalami kecederaan parah. – Info X