Search

Remaja perempuan miliki 30 rokok seludup dijel dua bulan

September 15, 2023

Info X Reporters

TAWAU: Mahkamah Majistret, semalam, menjatuhkan hukuman penjara dua bulan terhadap seorang remaja wanita selepas dia mengaku berasalah memiliki 30 bungkus rokok seludup, Rabu lepas.

Tertuduh Zety Suman, 19, mengaku salah dihadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin selepas pertuduhan selesai dibacakan mengikut Seksyen 22A (1) Ordinan Kesalahan Kecil (CAP 80) Negeri Sabah.

Menurut fakta kes, tertuduh melakukan kesalahan itu pada 13 September lalu kira-kira jam 11.05 pagi di hadapan sebuah kedai Jalan Belian.

Zety didapati memiliki 30 bungkus rokok seludup iaitu 20 bungkus rokok jenama Astro Filter King dan 10 bungkus jenama Astro Menthol King.

Kesemua rokok berkenan tidak mempunyai cukai kastam dan tertuduh turut dipercayai bertindak sebagai penjual rokok seludup itu gagal memberikan keterangan memuaskan berkaitan perolehan rokok tersebut.

Tertuduh disabit kesalahan mengikut Seksyen 22A (1) Ordinan Kesalahan Kecil (CAP 80) Negeri Sabah yang memperuntuk hukuman denda tidak melebihi RM100 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Jeffry Kadisun ketika mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal susulan tertuduh pernah disabit melakukan kesalahan sama selama lima kali.

Tertuduh didapati tidak pernah menyesali perbuatannya dan meneruskan kegiatan menjual rokok seludup berkenaan. – Info X