PENAMPANG: Sebuah stori kilang memproses bungkusan pelbagai makanan musnah dalam kebakaran di Jalan Penampang Baru, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 8.50 pagi itu, kebakaran disedari seorang pekerja yang berada berhampiran lokasi sebelum menghubungi pihak bomba.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.52 pagi.
Katanya, seramai 38 anggota dan pegawai bersama lima jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, lintas dan Kota Kinabalu bergerak ke lokasi.

Katanya, kebakaran membabitkan stor sebuah kilang tempat proses pembungkus pelbagai barang makanan terbakar 90 peratus.
“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran dua pencutan daripada sumber air jentera.
“Operasi terkawal pada 10.07 pagi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan pasukan bomba. – Info X