TUARAN: Penantian pelancaran Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Kiulu, akhirnya terlaksana apabila parti itu dilancarkan secara rasmi oleh Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Noor pada, pada Selasa.
Pelancaran itu juga serentak dengan perasmian Mesyuarat Tahunan Bahagian itu, di Dewan Masyarakat Kiulu, dengan dihadiri kira-kira 2,000 orang termasuk 500 perwakilan dan pemerhati.
“Syukur dan terima kasih kita ke hadirat Tuhan yang maha esa kerana kita diberi kesihatan dan dengan izin-Nya jua kita dapat berhimpun di dewan ini untuk melaksanakan pelancaran parti dan perasmian Mesyuarat Gagasan Rakyat Bahagian Kiulu 2023 pada hari ini,” kata Ketua Gagasan Rakyat Bahagian Kiulu, Janih Bangud.

“Sesungguhnya hari ini sungguh bersejarah kepada ahli-ahli Gagasan Rakyat di bahagian Kiulu kerana Mesyuarat Bahagian Tahunan yang julung pertama kali diadakan dihadiri sendiri oleh Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Ketua Menteri Sabah yang kita kasihi.
“Kita sungguh bertuah mempunyai seorang pemimpin yang bersikap sederhana tapi mempunyai princip kepimpinan yang tersendiri dan berjiwa besar,” katanya.
Janih berkata, sekarang ini rakyat Kiulu berada dalam parti lokal dan berada dalam perjuangan “Local Based Parti” (parti berasaskan temptan).
Katanya, selepas Gagasan Rakyat dilancarkan pada bulan Mac 2023 lalu oleh presiden parti sendiri, dan setelah ketua bahagian Gagasan Rakyat Kiulu dilantik, dan AJK penaja bahagian Kiulu dibentuk, maka bermulalah sebuah perjuangan untuk menyusun strategi mengenalpasti penyokong tegar, peminat dan orang perseorangan yang berminat dan bersetuju untuk sama-sama berjuang dalam Gagasan Rakyat Kawasan Kiulu.
“Para ahli-ahli PPBM dahulu secara emblok meneruskan sokongan padu kepada presiden parti, dalam parti lokal Gagasan Rakyat,” katanya, sambil mengucapkan syabas kepada Ahli Jawatankuasa Penaja Bahagian Kiulu atas komitmen dan dapat mengenalpasti sebanyak 106 cawangan di kawasan itu dengan semuanya sudah membentuk AJK penaja cawangan.
Beliau juga merakamkan penghargaan dan syabas kepada 66 cawangan yang berjaya memenuhi tuntutan parti dan dapat melaksanakan persidangan.
“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah berjaya memainkan peranan masing-masing dalam pembentukan cawangan, bermula dari pendaftaran ahli sehingga tertubuhnya cawangan di kawasan masing-masing.
“Ini termasuk tiga sayap bahagian (Wanita, Pemuda dan Beliawanis) yang sudah mengadakan persidangan mereka masing-masing pada 8 Oktober 2023 dengan penuh bersemangat dan berwawasan,” katanya.
Janih berkata, Gagasan Rakyat Kiulu akan mengorak langkah bersama mencipta kejayaan sama ada dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik selari dengan slogan Sabah Maju Jaya.
Menyentuh mengenai ekonomi Kiulu, Janih berkata, Kiulu pada dasarnya adalah hab pertanian dan sesuai dalam Halatuju pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).
Katanya, sektor pertanian adalah salah satu aktiviti yang boleh membangun ekonomi petani Kiulu.
“Segala jenis tenaman boleh dilakukan, contohnya Nenas, Halia, Lada dan banyak lagi. Cabarannya ialah tiada pusat penjualan (Collecting Centre).
“Pelancongan sudah diusahakan di Kiulu dan Kiulu dikenali sebagai Hab EkoPelancongan. Tapi perlu juga diingatkan bahawa lebih 80 peratus penduduk Kiulu adalah petani dan peladang.
“Pada dahulu kala, Kiulu adalah juga hab penenaman padi – Padi Huma. Aktiviti ini harus dihidupkan semula, peranan para pemimpin masa kini ialah membantu dan perkenalkan spesis padi huma yang bermutu Tinggi,” katanya.
Dari segi pembangunan Infra, Janih berkata, ia masih ketinggalan dan AJK Bahagian Kiulu sedang menggariskan bebarapa perkara yang boleh dilakukan untuk menjadikan Pekan Kiulu lebih progressif dan perkara itu akan dikemukakan kepada Hajiji. – Info X