Search

Polis siasat gambar separuh bogel di Jalan Gaya

October 20, 2023

Junaidi Ladjana

KOTA KINABALU: Polis menyiasat gambar tular memaparkan wanita berkelakuan tidak senonoh termasuk menunjukkan payudara dan punggungnya di tempat awam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya terkesan empat keping gambar wanita yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam iaitu di Jalan Gaya Street, di sini, jam 5.20 petang semalam.

Katanya, dua keping gambar di malam hari memaparkan seorang wanita menunjukkan perbuatan yang tidak senonoh seperti menunjukkan payudara serta punggungnya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah.

“Manakala dua keping gambar di siang hari yang lain pula memaparkan seorang wanita hanya berpakaian dalam di dalam kawasan terbuka di sekitar Jalan Gaya, di sini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan juga Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya dalam kenyataan media, sebentar tadi.

Sehubungan itu, Mohd Zaidi memohon kerjasama orang ramai yang mengenai individu terbabit untuk menghubungi pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Inspektor Nur Hatin Amera Mohd Khir di talian 011-12939436.

“Orang ramai juga boleh menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, sejak semalam tular dua keping gambar menunjukkan seorang wanita mendedahkan payudara dan punggungnya di kawasan umum dipercayai di bandar raya, Kota Kinabalu.

Bagaimanapun bila dan siapa yang mengambil gambar ini tidak dapat dipastikan. – Info X