KOTA KINABALU: Skuad bola sepak Akademi Tunas Wanita (ATW) bawah 11 tahun (B-11) Sabah muncul juara di Kejohanan Kebangsaan ATW, Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang berlangsung di Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD), di Gambang, Pahang.
Skuad ATW Sabah B-11 itu muncul juara selepas mengatasi ATW Selangor yang sekadar meraih tempat kedua manakala ATW Melaka pula terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.
Sementara itu bagi kategori B-12, pasukan ATW Selangor dinobatkan sebagai juara diikuti ATW Negeri Sembilan di tempat kedua manakala ATW Pahang muncul pemenang tempat ketiga. – Info X