Search

Asrama kolej musnah terbakar

November 8, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Bilik asrama sebuah kolej swasta di Lok Kawi Point, Kinarut, musnah dalam kebakaran, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, kejadian jam 8.50 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Sepasukan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang digerakkan ke lokasi sejauh 22 kilometer sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 8.51 pagi.

“Pasukan bomba segera menjalankan operasi memadam kebakaran menggunakan sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran, kebakaran berjaya dikawal jam 9.28 pagi,” katanya.

Keadaan bilik asrama kolej yang terbakar di Lok Kawi Point, Kinarut. – Foto/Bomba

Menurutnya kebakaran memusnahkan bilik asrama di tingkat dua bangunan seluas 15X30 kaki persegi.

“Tiada mangsa yang mengalami kecederaan dalam kejadian ini dan jumlah keseluruhan kerugian serta punca kejadian masih dalam siasatan.

“Operasi keseluruhan ditamatkan jam 10 pagi,” katanya. – Info X