Search

Lelaki cedera, kereta langgar kerbau masuk gaung

November 20, 2023

Info X Reporters

KOTA BELUD: Seorang lelaki cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki melanggar seekor kerbau sebelum terbabas ke gaung sedalam lima meter berhampiran stesen minyak Pangkalan Abai, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 36 tahun cedera di bahagian belakang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 4.09 pagi.

“Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux melanggar seekor kerbau lalu terbabas masuk gaung sedalam lima meter.

“Terdapat seorang lelaki cedera di bahagian belakang dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa seterusnya diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada 4.42 pagi,” katanya. – Info X