Search

Bomba selamatkan kanak-kanak terkunci dalam kereta

November 26, 2023

Info X Reporters

BEAUFORT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap 15 minit dalam sebuah kereta di kawasan parkir di Beaufort Square, di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.44 petang.

Katanya, seramai sembilan pegawai dan anggota bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati seorang kanak-kanak lelaki terkunci di dalam kereta jenis Proton Wira dan enjin dalam keadaan hidup.

“Pasukan bomba kemudian membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas sehingga berjaya dalam tempoh empat minit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mangsa diserahkan kepada keluarganya sebaik berjaya diselamatkan pasukan bomba. – Foto/Bomba

Menurutnya, mangsa dalam keadaan stabil ketika dikeluarkan dan diserahkan kepada ibunya.

“Mangsa dalam keadaan baik dan kita menasihatkan ibu bapa supaya berwaspada dan sentiasa amalkan keselamatan anak-anak dibawah jagaan mereka.

“Operasi ditamatkan pada 5.55 petang,” katanya. – Info X