Search

Wanita terkunci dalam kereta diselamatkan

December 8, 2023

Info X Reporters

TUARAN: Seorang wanita ditemukan lemah selepas terkunci di dalam kereta di hadapan bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pekan Tuaran, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, kejadian jam 6.30 petang itu membabitkan mangsa wanita berusia 30 tahun.

“Sebaik menerima panggilan pada jam 6.30 petang, sepasukan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran digerakkan ke lokasi bagi melaksanakan operasi menyelamat.

“Terdapat sebuah kenderaan terkunci dan seorang mangsa perempuan berada di dalam kenderaan dalam keadaan lemah.

“Orang awam yang berada di lokasi kemudian bertindak memecahkan cermin pintu kereta untuk membantu mangsa sebelum Jentera Bomba tiba,” katanya.

Beliau berkata, pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa dari kenderaan seterusnya diserahkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibawa ke Hospital Tuaran menggunakan Ambulans untuk rawatan lanjut.

Katanya operasi tamat pada jam 6.43 petang. – Info X