Search

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2 sekolah di Tamparuli meriah

December 14, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Keceriaan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia di dua Sekolah Kebangsaan (SK) di Tamparuli, hari ini diwarnai pemakaian kostum pelbagai kerjaya dan karakter kartun yang diminati oleh murid-murid.

Program membabitkan seramai 147 murid masing-masing 70 dari SK Koporingan manakala selebih 77 di SK Kapa, Tamparuli dijalankan dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik.

Salah seorang murid SK Kapa dengan kostum kartun menerima sumbangan sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia.

Ia semestinya memberikan pengalaman manis kepada murid sebelum musim cuti persekolahan berlangsung.

Turut memberi kegembiraan kepada murid adalah sumbangan pelbagai bentuk yang disalurkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Turut memeriahkan sambutan berkenaan iaitu Guru Besar SK Koporingan Hussin Yusuff dan Guru Besar SK Kapa Sadia@Sadiah Yahya bersama guru masing-masing.

Murid SK Koporingan merakamkan gambar kenangan bersama sumbangan dan pakaian beragam masing-masing.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNESCO mengisytiharkan 20 November sebagai tarikh sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia sejak 14 Disember 1954.

Tahun ini, Malaysia menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia dengan tema “Hak Kami Masa Depan Kami” yang diraikan demi mengiktiraf dan memfokuskan kepada perkembangan dan potensi kanak-kanak yang bakal menjadi aset kepada negara. – Info X