KOTA KINABALU: Polis sedang giat mengesan tahanan lelaki yang melarikan diri dari Lokap Berpusat Kepayan, Kota Kinabalu, semalam.
Polis turut melancarkan ‘Op Tutup’ dan usaha mengesan tahanan terbabit.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Shahurinain Jais ketika dihubungi memaklumkan suspek belum dapat dikesan.
“Kerjasama orang awam amat diperlukan sekiranya mempunyai maklumat berkaitan tahanan terbabit,” katanya.

Sejak tengah hari tadi, tular sekeping gambar yang mendakwa suspek sudah diberkas namun gambar itu adalah tangkapan ketika suspek ditahan dahulu.
Semalam, tahanan Nazri Hassan, 33, dipercayai melarikan diri dari Lokap Berpusat Kepayan, di sini, ketika diiring oleh anggota petugas lokap ke bilik siasatan untuk soal siasat, kira-kira 12.30 tengah hari. – Info X