Search

Dua lelaki miliki syabu ditahan

December 22, 2023

Info X Reporters

PENAMPANG: Polis menahan dua lelaki bersama 0.15 gram dadah jenis syabu dalam sekatan jalan raya (SJR) Op Utama di Jalan Papar Lama, dekat Tanaki, di sini, hari ini.

Kedua-dua suspek berusia 38 dan 39 tahun itu ditahan polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, kira-kira jam 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, ketika menjalankan SJR Op Utama, anggota polis menahan sebuah van yang dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, ketika pemeriksaan dijalankan, salah seorang suspek terbabit bertindak agresif dan melarikan diri tetapi berjaya ditahan oleh pasukan polis.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui dua paket lutsinar yang berisi hablur jernih disyaki dadah jenis Methamphetamine masing-masing di dalam poket seluar kedua-dua individu yang ditahan.

“Turut dirampas peralatan yang digunakan untuk menghisap dadah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Anggota BSPT IPD Penampang menjalankan SJR Op Utama di Jalan Papar Lama dekat Tanaki, Penampang. – Foto/PDRM

Sammy berkata, kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) IPD Penampang.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati Kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) akta sama,” katanya.

Sementara itu, Sammy berkata, polis menasihatkan masyarakat supaya tidak terlibat dengan najis dadah.

“Orang awam juga diminta tampil memberikan maklumat kepada pihak polis agar kes dadah di dalam daerah ini dapat dibanteras,” katanya. – Info X