TAWAU: Tindakan pantas polis berjaya mematahkan satu cubaan mengadakan aktiviti perjudian sabung ayam di kawasan ladang sawit di Kalabakan, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, hasil maklumat daripada anggota Balai Polis Kalabakan itu, pemantauan dijalankan dan mendapati gelanggang sabung ayam terbabit baru sahaja siap dibina di kawasan berkenaan.
“Serbuan yang dijalankan oleh Balai Polis Kalabakan bertindak memusnahkan dan membakar gelanggang sabung ayam berkenaan.
“Gelanggang sabung ayam itu dimusnahkan agar tidak ada sebarang aktiviti menyalahi undang-undang yang akan dijalankan pada masa hadapan di kawasan terbabit,” katanya.

Jasmin berkata, pihaknya amat memandang serius perkara ini dan memberi amaran kepada masyarakat supaya tidak sama sekali terlibat dengan aktiviti perjudian sabung ayam mahupun hanya sekadar hadir sebagai penonton sekali pun.
“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktivit perjudian sabung ayam atau pun apa-apa kesalahan jenayah boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di talian 089-752222.
“Selain itu, melalui aplikasi ‘Volunteer Smartphone Patrol’ (VSP) daripada telefon bimbit masing-masing,” katanya. – Info X