Search

Suami isteri cemas bayi terkunci dalam rumah

January 9, 2024

Info X Reporters

LABUAN: Sepasang suami isteri cemas selepas bayi lelaki mereka dilaporkan terkunci di dalam rumah mereka di Taman Mutiara, di sini, hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelemat (JBPM) Labuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.11 petang.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota terus dikerah ke lokasi kejadian bersama jentera.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi terus bertindak membuka pintu menggunakan peralatan khas.

“Dalam tempoh tiga minit, pasukan penyelamat bomba berjaya membawa keluar bayi terbabit dan diserahkan kepada ibu bapanya,” katanya.

Pasukan bomba membuka pintu bilik menggunakan peralatan khas. – Foto/Bomba

Menurutnya, bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Operasi tamat pada jam 2.32 petang,” katanya. – Info X