Search

Mayat lelaki ditemui dalam parit

January 13, 2024

Info X Reporters

SANDAKAN: Mayat lelaki ditemukan dalam parit berhampiran SK Mawar, Batu 5, Sandakan, petang tadi.

Mayat lelaki berusia 33 tahun ditemui orang awam selepas terhidu bau busuk dari parit di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari polis mohon bantuan mengambil mayat yang berada di dalam parit, jam 6.29 petang.

Katanya, sepasukan bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Tindakan pasukan bomba mengangkat mayat terbabit menggunakan tali.

“Seterusnya mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 7.12 malam. – Info X