BELURAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memindahkan 13 mangsa banjir membabitkan satu keluarga selepas rumah mereka terjejas akibat banjir kilat di Jalan Kelab Belia, di sini, pagi tadi.
Mangsa terbabit iaitu tiga lelaki dan enam wanita dewasa serta satu kanak lelaki dan tiga kanak-kanak wanita.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah berkata, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran memberikan bantuan penyelamatan sebaik menerima panggilan kecemasan, jam 7.13 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba memindahkan 13 mangsa yang terbabit ke rumah keluarga mereka.
“Semua mangsa dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyatan media, hari ini.
Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 7.59 pagi. – Info X