Search

Jumlah mangsa banjir di Beluran, Paitan meningkat

January 14, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Paitan dan Beluran terus meningkat apabila seramai 75 orang membabitkan 29 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), setakat jam 8 malam ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencanan Negeri (JPBN) Sabah, mangsa paling ramai dipindahkan ialah di daerah kecil Paitan iaitu seramai 63 mangsa membabitkan 27 keluarga.

Daripada jumlah itu seramai 60 mangsa membabitkan 24 keluarga dipindahkan ke rumah pengerusi JPKK Kampung Cocos manakala tiga lagi dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol.

Sementara itu di Beluran, seramai 12 mangsa membabitkan dua keluarga turut dipindahkan ke Dewan Serbaguna Beluran akibat banjir. – Info X