Search

Lebih 200 sertai the Spirit of 85, 10km Fun Run

January 30, 2024

Info X Reporters

PENAMPANG: Lebih 200 orang terutamanya peminat sukan lasak menyertai the Spirit of 85, 10km Fun Run yang diadakan di kawasan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), di sini, kelmarin.

Presiden KDCA, Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang melakukan pelepasan and menyampaikan hadiah pada acara tersebut, berpendapat ia sesuai untuk dijadikan sebagai acara tahunan.

Pengerusi Penganjur, Shahrun Nizam mengucapkan terima kasih kepada Kelab Peminat Acara Lasak Sabah dan Labuan atas kejayaan penyusunan dan pelaksanaan acara yang kali pertama diadakan itu.

Kejayaan ini membuktikan potensi untuk menjadikan acara ini sebagai satu tradisi tahunan yang dinantikan oleh masyarakat, katanya.

Sementara itu, Presiden Kelab Peminat Acara Lasak Sabah dan Labuan, Steve Johnny Mositun berterima kasih kepada Exco Pergerakkan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) yang sudi menjadi penganjur bersama acara tersebut.

Beliau melihat acara ini sebagai latihan bagi para pemuda untuk mempelajari cara bekerja dalam satu pasukan dan memastikan kejayaan sesuatu program.

“Kami tidak menyangka menerima lebih 200 penyertaan. Penyertaan atlit Sabah juga menjadikan Fun Run ini tempat beradu tenaga yang kompetitif meskipun ia hanyalah acara Fun Run. Sukan terbukti menyatukan rakyat tanpa mengira peringkat umur, agama dan fahaman,” ujarnya.

Cabutan bertuah untuk para peserta turut memeriahkan acara, selain pameran oleh penaja utama, KKIP Sdn. Bhd.

Antara penyumbang lain termasuk Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang juga Timbalan Presiden KDCA, Tamparuli Sticker dan F&N.

Steve juga mengucapkan terima kasih kepada KKIP Sdn. Bhd. melalui Ketua Pegawai Eksekutif, Lawrence G. Kimkuan.

Antara penyumbang lain termasuk Dr. Joachim, Tamparuli Sticker dan F&N, serta Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang, Majlis Daerah Penampang, Sabah Athletic Association dan KDCA sebagai penyedia tempat untuk acara ini.

Turut menjayakan acara ini ialah rakan strategik Casero Events dan SSBS Communication Team.

Turut hadir pada acara tersebut ialah Pengerusi Perkasa Reality Sdn. Bhd. yang juga Ketua Pergerakan Pemuda PBS, Christopher Mandut, Louis Lai dan semua ahli Exco Pemuda PBS serta jemputan lain.