KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang wanita yang dipercayai menjadi dalang utama sindiket meminta rasuah dan memperdaya orang ramai membabitkan tawaran rumah bagi skim Program Perumahan Rakyat di Sandakan.
Tangkapan ke atas suspek wanita berusia lingkungan 40 tahun ini susulan penahanan terhadap dua beranak semalam membabitkan kes yang sama.
Katanya, suspek wanita terbabit menjadi dalang utama sindiket ini di mana pemohon yang terpedaya memberikan wang sekitar RM10,000 sejak tahun lalu dan membabitkan nilai puluhan ribu ringgit.
“Sindiket ini telah meminta wang rasuah sama ada secara tunai atau pindahan ke akaun bank dan menjanjikan rumah mesra rakyat termasuk insentif seperti perkakasan rumah kepada orang ramai yang berminat.
“Suspek ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan ketika hadir bagi membantu sisatan kes berkenaan sekitar jam 10.35 malam tadi,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek ketiga ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009.
Beliau turut mengingatkan orang ramai yang pernah menjadi mangsa kepada sindiket seperti ini untuk tampil bagi membantu siasatan. – Info X