Search

Budak 11 tahun dikhuatiri lemas, rakan selamat ketika mandi sungai

February 2, 2024

Info X Reporters

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi manakala rakannya berjaya diselamatkan dalam kejadian di sungai Kampung Tabanak, di sini, hari ini.

Mangsa dikhuatiri lemas Mohammad Juiqram Julmasalleh 11, manakala Nur Naufal Iqbal Mohammed Nizam, 11, berjaya diselamatkan oleh orang awam.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penguasa Kanan Bomba, Kiniremmy Zikol@Lupi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.39 petang.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Menurut pemanggil terdapat dua mangsa lemas ketika melakukan aktiviti mandi manda di sungai berdama rakannya.

“Seorang mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam manakala seorang lagi masih hilang,” katanya di sini, hari ini.

Pasukan bomba melakukan operasi SAR di sungai Kampung Tabanak, Lahad Datu.– Foto/Bomba

Menurutnya, pasukan bomba kini berada di lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Pencarian dilakukan menyelusuri tepi sungai sejauh tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terakhir kali dilihat.

“Pasukan bomga juga menjalankan pencarian dengan keadah water surface menggunakan bot penyelamat,” katanya.

Tambah beliau lagi, maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa. – Info X