TUARAN: Pemandu lori nyaris maut selepas lori 10 tan yang dinaikinya terjatuh ke dalam gaung sedalam 50 meter di sebuah tapak pembinaan di Jalan Sulaman, di sini, hari ini.
Mangsa lelaki berusia 40 hanya mengalami cedera ringan.
Pegawai perasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Pegawai Bomba Kanan II, Mahmud Jumah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.40 tengah hari.
Menurutnya, sepasukan lapan pegawai dan anggota kemudiannya dikerah ke lokasi kejadian bersama jentera dan sebuah van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Sebaik tiba, sebuah lori 10 tan tiada muatan terjunam di gaung sedalam 50 meter.
“Terdapat seorang mangsa cedera ringan dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan EMRS memberikan rawatan awal sebelum mangsa dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut.
“Selepas memastikan tiada lagi bahaya, operasi ditamatkan pada jam 2.45 petang,” katanya. – Info X