Search

Enam blok rumah pekerja musnah terbakar

March 5, 2024

Info X Reporters

KENINGAU: Enam blok rumah pekerja di Kampung Suan, Jalan Nabawan, Batu 7, di sini, musnah dalam kebakaran, petang ini.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.45 petang.

Katanya, sepasukan 15 anggota termasuk pegawai bersama jentera Light Fire Rescue Tender’ (LFRT) dan ‘water tanker’ serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian

“Sebaik tiba, didapati kebakaran sedang berlaku membabitkan enam blok rumah pekerja terbakar sepenuhnya.

“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran, tiga pancutan daripada sumber air jentera LFRT dan Water Tanker,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pasukan bomba memadam kebakaran rumah pekerja di Kampung Suan, Jalan Nabawan. – Foto/Bomba

Menurutnya, operasi dilaporkan terkawal pada 4.38 petang dan kebakaran tidak membabitkan mangsa.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – Info X