Search

Beaufort dilanda gelombang haba, suhu setinggi 40°C

March 25, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Daerah Beaufort menjadi kawasan pertama di Sabah dilanda gelombang haba berikutan cuaca panas dan kering akibat fenomena el-nino yang berlaku ketika ini.

Gelombang haba merujuk kepada status cuaca panas pada Tahap 2 dengan suhu maksimum harian mencecah antara 37 hingga 40 darjah Celsius yang diramal berlarutan selama tiga hari berturut-turut.

Berdasarkan kemas kini terbaharu Jabatan Meteorologi Malaysia petang semalam, Beaufort adalah antara tiga kawasan di seluruh negara yang dilanda gelombang haba.

Dua lagi kawasan ialah di Perlis dan Hulu Perak di Semenanjung.

Sementara itu, daerah Kota Belud turut diletakkan pada Tahap 1 atau berjaga-jaga berikutan suhu maksimum harian mencapai antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Di Semenanjung, sebanyak 29 lokasi dikesan mencapai suhu tinggi pada tahap berjaga-jaga, manakala tiga lokasi di Sarawak iaitu di Mukah, Telang Usan dan Limbang. – Info X