KOTA KINABALU: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menyampaikan sumbangan berbentuk 200 karton air mineral kepada pasukan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Kontinjen Sabah, di sini, hari ini.
Sumbangan dilaksanakan oleh Pengurus kepada NGO berkenaan Amelson Ng Jing Sheng kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Sabah, Senior Asisten Komisioner, Azmi Abd Rahim di Pejabat D9, di sini.
Amelson berkata, sumbangan terbabit adalah sebagai tanda sokongan terhadap penugasan pihak polis di lapangan selain menjayakan tema “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada” dicapai.
“Usaha itu juga bagi menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” katanya.

Beliau juga mengalu-alukan NGO atau pihak persendirian lain melaksanakan usaha sama termasuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam usaha membantu sedikit sebanyak penugasan pasukan keselamatan. – Info X