Search

KUPIKUPI FM tandatangani Mou bersama Kinabalu Impact, Projek Hikayat

April 10, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: KUPIKUPI FM, Kinabalu Impact dan Projek Hikayat telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) sebagai tanda kerjasama antara mereka dalam mengadakan pelbagai program yang unik dan menarik pada masa akan datang.

Memorandum berkenaan masing-masing ditandangani oleh Pengurus Besar KUPIKUPI FM, Lester Calvin Miol, Ketua Pegawai Eksekutif Kinabalu Impact, Lee H’ng dan Ketua Pegawai Strategik Projek Hikayat, Yen Kai Feng dalam satu majlis ringkat di pejabat KUPIKUPI FM, di sini, semalam.

Lester ketika dihubungi berkata, MoU berkenaan adalah permulaan untuk mereka sama-sama berganding bahu sebagai rakan kolaboratif untuk bagi mencipta lebih banyak program khususnya di Borneo.

“KUPIKUPI FM, yang terkenal sebagai penyokong kuat budaya Borneo, berganding bahu dengan Kinabalu Impact sebagai peneraju acara yang menfokuskan belia serta Projek Hikayat yang begitu dedikasi dalam mencungkil bakat ‘alam maya’.

“Kami sebagai rakan kongsi menyasarkan untuk mencipta pengalaman menarik daripada pameran budaya kepada inisiatif yang dipacu oleh belia.

“Kerjasama ini juga menandakan permulaan dalam usaha kami untuk memperkayakan ‘permaidani’ budaya Borneo menerusi kolaboratif, kreativiti dan inovasi,” katanya. – Info X