Search

Rumah, bengkel dan tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran

April 11, 2024

Info X Reporters

TENOM: Sebuah rumah dan bengkel kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Amboi, Jalan Tenom-Kemabong, di sini, hari ini.

Kejadian itu turut menyebabkan tujuh kenderaan musnah terbakar.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 2 petang.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, didapati api sedang marak di kawasan bengkel kenderaan dan rumah berkenaan sebelum operasi pemadaman dilakukan.

“Rumah dianggarkan terbakar 98 peratus manakala bengkel kenderaan terbakar 100 peratus.

“Turut musnah terbakar tujuh kenderaan manakala sebuah kereta jenis Perodua Bezza berjaya diselamatkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Anggota bomba memadam kebakaran rumah dan bengkel kenderaan di Kampung Amboi, Jalan Tenom-Kemabong, Tenom. – Foto/Bomba

Menurutnya, operasi pemadaman dilakukan sepasukan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Maclean C Madis.

“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan tiga aliran, empat pancutan dan sumber air didapati daripada pili bomba berdekatan.

“Api berjaya dikawal jam 2.25 petang dan tamat sejam kemudian. Tiada mangsa dilaporkan terbabit,” katanya.

Bengkel yang terbakar di Kampung Amboi, Jalan Tenom-Kemabong, Tenom. – Foto/Bomba

Katanya lagi, punca dan jumlah kerugian dalam siasatan pasukan bomba. – Info X